MELAKA 11 Feb. – Seorang wanita yang sedang berpantang tidak dapat menahan kesedihan apabila suaminya dicekup pihak berkuasa selepas positif dadah dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Jalan Tun Ali di sini, malam tadi. Wanita muda berusia 19 tahun itu juga terpaksa meninggalkan bayi pra matang yang baru dilahirkannya di Hospital Melaka untuk mengambil anak sulung mereka berumur tiga tahun yang bersama suaminya semasa ditahan. Penolong Pegawai…










