Jauh beza tuntutan Kedah dengan Sulu terhadap Filipina

Jauh beza tuntutan Kedah dengan Sulu terhadap Filipina

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor menunggang basikal ketika melancarkan Program 1 Bulan 1 Sukan Peringkat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang tidak boleh disamakan dengan tuntutan waris Sulu ke atas Sabah setelah ia dibuat dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, semua tindakan yang diambil kerajaan negeri berlandaskan undang-undang Perlembagaan sedia ada dan tidak melanggar mana-mana peruntukan.

“Waris Sulu itu bukan duduk dalam Malaysia. Sultan pun sudah tiada. Kita ada lagi (Sultan). Jauh beza, tak sama tuntutan (Kedah ke atas Pulau Pinang dengan waris Sulu ke atas Sabah).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan buat dalam kerangka Perlembagaan, yang kata tidak berperlembagaan itu macam mana. Kita akan bertindak berdasarkan undang-undang sedia ada, tak langgar apa-apa,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program 1 Bulan 1 Sukan Pe­ringkat Negeri Kedah di sini semalam.

Kelmarin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang sebagai sama seperti tuntutan waris Sulu ke atas Sabah selain menegaskan ia tidak berperlembagaan.

Muhammad Sanusi berkata, barisan peguamnya kini dalam proses menyediakan segala dokumen berkaitan tuntutan berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh kurang empat bulan lagi.

Bagaimanapun beliau enggan menjelaskan terperinci berkaitan perkembangan proses penyediaan dokumen tersebut bagi mengelak kenyataan disalah tafsir atau dipetik di luar konteks.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu berkenaan ke Majlis Raja-Raja sebagai sebahagian usaha membetulkan perkara yang menurutnya tidak diselesaikan dengan adil pada masa lalu.

“Kita akan pilih saluran yang sesuai sama ada ke mahkamah, Majlis Raja-Raja, perundingan dengan Kerajaan Persekutuan. Bukan kira nak berlawan saja, rundingan pun salah satu jalan. Kalau boleh elak kes mahkamah dengan rundingan, lebih baik runding. Takkan rundingan nak ditolak begitu saja.

“Apa salahnya kita betulkan apa yang silap dahulu, apa yang belum selesai dan dipaksa di­selesaikan pada masa lalu. Kita rasa ada kes, ada isu, bawalah. Takkan semua tak berperlembagaan. Kita pun baca buku juga, Insya-Allah akan selesai dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×