KUALA LUMPUR 11 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa semua bakal calon yang berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang pencalonan masing-masing sebelum hari penamaan calon. Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, semakan awal itu boleh dilakukan di Pejabat Majlis Perbandaran Kajang atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor. “Tujuan semakan awal ini untuk memastikan semua bakal calon mengisi…