DUBAI 2 Feb. – Iran hari ini melancarkan peluru berpandu pelayaran baharu yang boleh mencapai jarak 1,300 kilometer sempena sambutan ulang tahun Revolusi Islam yang ke-40. Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral Amir Hatami ketika dalam ucapan perasmiannya berkata, peluru berpandu pelayaran tersebut memerlukan masa yang singkat untuk menyediakannya dan berupaya untuk terbang pada ketinggian yang rendah. “Peluru berpandu yang mempunyai permukaan baharu itu dinamakan Hoveizeh berasal daripada keluarga (peluru berpandu…










