Iran lancar latihan tentera laut di perairan sensitif - Utusan Malaysia

Iran lancar latihan tentera laut di perairan sensitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN 21 Feb. – Iran akan mengadakan eksesais tentera laut selama tiga hari bermula esok di kawasan perairan yang luas di Teluk dan Lautan Hindi termasuk di kawasan laluan perkapalan global yang sensitif.

“Latihan itu akan diadakan di perairan Selat Hormuz, Makran, Laut Oman dan utara Lautan Hindi meliputi dua juta kilometer persegi selama tiga hari,” jelas Komander Tentera Laut Iran, Hossein Khanzadi.

Latihan itu bertujuan menilai peralatan tentera laut, melancarkan senjata dan menyediakan tentera untuk pertempuran sebenar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Digelar ‘Velayat 97’, latihan itu melibatkan kapal selam Iran, kapal perang, helikopter dan dron selain pelancaran peluru berpandu.

Pertunjukan tentera tersebut dilakukan ketika situasi tegang melibatkan Iran dan Arab Saudi serta Washington. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×