SHAH ALAM 27 Feb. – Saksi ke-17 inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim yang memasuki hari ke-11 di sini hari ini memaklumkan dia nampak antara lima ke enam lelaki semacam menendang dan menumbuk ke arah bawah.
Nasaruddin Abdullah, 23, berkata, ketika kejadian dia nampak kira-kira 30 orang berada dalam formasi bulatan seakan-akan mengelilingi sesuatu.
“Saya nampak orang Tamil (India) mengelilingi tetapi tidak pasti ada orang atau sesuatu dan (dengar mereka) mencarut mengatakan ‘berani kau orang masuk dalam kuil India. B*b*korang, p***k.’
“Saya perhatikan gerak laku seolah-olah macam memukul, menendang, menumbuk dan memijak, selepas itu saya dengar orang memanggil polis sebelum kumpulan itu berlalu pergi.
“Bagaimanapun, saya tidak nampak apa dibawah sebelum tiba-tiba melihat ada orang sedang mengusung seseorang yang memakai seluar bomba,” katanya di Mahkamah Koroner di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











