Indonesia bida temasya Olimpik 2032 - Utusan Malaysia

Indonesia bida temasya Olimpik 2032

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Indonesia sah menghantar permohonan rasmi kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik edisi 2032 di Jakarta selepas mendapat pujian ketika menjadi penganjur Sukan Asia 2018 tahun lalu.

Perkara tersebut didedahkan oleh duta negara republik itu di Switzerland, Muliaman Hadad yang menjadi wakil kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk menghantar surat permohonan rasmi kepada ibu pejabat IOC di Lausanne baru-baru ini.

“Ini adalah petanda bahawa Indonesia merupakan salah sebuah kuasa besar dunia dan berupaya untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik 2032 nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Pengarah Eksekutif IOC, Christophe Dubi mengakui tawaran Indonesia untuk menganjur Sukan Olimpik edisi 2032 sangat dialu-alukan selain ia sebagai petanda bahawa negara itu semakin pesat berkembang.

“Kita tidak boleh mempersoalkan kredibiliti Indonesia sebagai penganjur temasya berprestij memandangkan mereka telah sukses menganjurkan Sukan Asia dan Sukan Para Asia 2018 sebelum ini. Mereka memiliki potensi menjadi pencabar utama pada hari penentuan nanti,” katanya.

Sebagai rekod, selain Indonesia, Korea Selatan dan Korea Utara turut menghantar permohonan rasmi untuk menjadi penganjur bersama manakala India turut menyatakan minat yang sama.

Tuan rumah bagi temasya sukan terbesar dunia terbesar untuk tiga edisi seterusnya sudah dikenal pasti yang mana Tokyo (Jepun) menganjurkan pada tahun 2020, Paris (2024) dan Los Angeles (2028). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini