NEW DELHI 26 Feb. – India mendakwa jet pejuangnya yang melancarkan serangan terhadap kem militan membunuh bilangan ‘sangat besar’ pengganas bersedia untuk membuat serangan di Balakot, Pakistan semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Setiausaha Luar India, Vijay Gokhale berkata, serangan tersebut dilancarkan pada kem Jaish-e-Mohammad (JeM).
“Jumlah sangat besar pengganas JeM, pelatih, komander kanan dan kumpulan lain yang berlatih untuk serangan berani mati dihapuskan,” katanya dalam taklimat media hari ini.
Sementara itu, penganalisis berkata, serangan dibuat di kawasan yang ke dalam Pakistan bukannya wilayah pertikaian boleh mengundangkan lagi ketegangan antara kedua-dua buah negara. – AFP











