ALOR SETAR 9 Feb. – Pas tidak terkejut sekiranya barisan menteri Kabinet dan timbalan mereka yang dilantik tidak mampu melaksanakan tugas dengan efektif berikutan kini didakwa memiliki latar belakang pendidikan meragukan. Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi (gambar) berkata, faktor tersebut disebabkan wakil-wakil rakyat dan senator yang diangkat memegang portfolio tertentu kurang berpengetahuan dan tidak berkemahiran dalam bidang masing-masing. “Isu ijazah palsu dalam kalangan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH)…










