TAMPIN 13 Feb. – Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia lima tahun cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Pasir Besar, Gemas di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Mariani Ahmad, 31, yang memandu kereta jenis Honda City meninggal dunia di lokasi kejadian selepas keretanya dirempuh sebuah lori tiga tan milik Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains). Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd. Kassim Arittin berkata, lelaki yang memandu lori milik Sains tersebut turut mengalami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya