Ibu bapa perlu disedarkan kepentingan vaksin kepada anak-anak - Utusan Malaysia

Ibu bapa perlu disedarkan kepentingan vaksin kepada anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pergerakan Wanita UMNO menegaskan bahawa mana-mana individu tidak boleh melarang kumpulan antivaksin kerana tiada undang-undang supaya ibu bapa patuh kepada jadual imunisasi di negara ini.

Bagaimanapun, Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad memaklumkan, apa yang boleh dilakukan adalah mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya suntikan vaksin khususnya dalam kalangan ibu bapa.

Beliau malah bersetuju dengan cadangan penggiat industri kesihatan bahawa suntikan vaksin imunisasi mestilah diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya langkah itu tidak diambil boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani dengan baik kerana sudah berlaku kes membabitkan kematian.  

“Bagaimanapun, sebelum suntikan vaksin imunisasi ini menjadi mandatori, para pengamal perubatan dan jururawat haruslah mempertingkatkan peranan mereka dalam memberikan nasihat kepada ibu bapa mengenai kepentingan suntikan vaksin untuk kebaikan kesihatan anak-anak mereka.

“Seperti kita sedia maklum, masih ada dalam kalangan ibu bapa yang bersikap antivaksin dan enggan membenarkan anak-anak mereka disuntik kerana pelbagai faktor dan kepercayaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini berkata, kementeriannya akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan mendapat desakan kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbang mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN