Hutan tanah gambut terbakar - Utusan Malaysia

Hutan tanah gambut terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Hutan tanah gambut seluas 28.32 hektar di Taman Perindustrian Gebeng dekat sini mengalami kebakaran dalam kejadian petang ini.

Cuaca panas di daerah ini sejak hujung Januari lalu menyebabkan kawasan tersebut kering dan mudah terdedah kepada kebakaran.

Bagaimanapun, punca sebenar yang menyebabkan kebakaran tersebut masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran melibatkan 70 peratus daripada keluasan hutan tersebut.

“Setakat ini (lewat petang hari ini), kira-kira 10 peratus kawasan kebakaran telah dapat dikawal,” ujar beliau menerusi kenyataan kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, pihaknya menerima aduan awam berhubung kejadian kebakaran di hutan tersebut pada pukul 2.28 petang.

Ujar beliau lagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng telah ditugaskan untuk memadam kebakaran tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×