GENEVA 4 Feb.- Kumpulan pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar wakil ke Xinjiang, China untuk menyiasat penahanan secara besar-besaran terhadap etnik Uighur dan minoriti Islam lain di negara tersebut. Ketuanya, Kenneth Roth berkata kekejaman yang berlaku di Xinjiang berada pada tahap yang cukup teruk dan memerlukan campur tangan daripada pihak antarabangsa. HRW dan beberapa organisasi hak asasi serta masyarakat sivil memfailkan rayuan kepada badan hak…










