HULU LANGAT 13 Feb. – Berbaki tiga hari menjelang hari penamaaan calon pada Sabtu ini, bahang kehangatan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih masih belum dirasakan. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Semenyih hari ini mendapati belum ada lagi suasana keterujaan dalam kalangan penduduk sekitar malah masih ada yang tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar PRK DUN Semenyih akan berlangsung. Selain itu, masih belum banyak kelihatan kain-kain pemidang serta…










