SUNGAI PETANI 3 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook, Desmond Yongkor kerana menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Setiausaha Kehormatnya, Mohammad Afandi Mat Saman berkata, laporan itu yang dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Sungai Petani di sini, bertujuan supaya individu tersebut disiasat segera dan…










