KUALA TERENGGANU 28 Feb. – Semua masjid diminta mengadakan solat hajat secara serentak di seluruh negeri ini sejurus selesai solat Jumaat esok. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, solat hajat itu untuk memohon kebesaran Allah agar keharmonian negara terpelihara daripada segala anasir negatif yang mengaibkan Rasulullah SAW. “Solat hajat secara serentak di masjid dan surau ini bertujuan memelihara keharmonian negara serta menghindari anasir negatif yang boleh mengaibkan Rasulullah SAW.…