Hina Agong tindakan biadap - Utusan Malaysia

Hina Agong tindakan biadap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – PKR Pahang menyifatkan tindakan segelintir individu menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial sebagai perbuatan biadap. 

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Fuziah Salleh yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan perbuatan itu perlu dikenakan tindakan tegas. 

“Perkara mengenai Yang di-Pertuan Agong ada termaktub di dalam Perlembagaan negara dan tidak seharusnya perkara ini dipersoalkan atau dihina, apatah lagi ia melibatkan institusi raja-raja. 

“Saya menyokong tindakan tegas diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu, tapi dalam masa sama, ingin mengingatkan supaya tiada pihak mengambil tindakan sendiri… gunakan saluran undang-undang yang ada,” katanya semasa ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini. 

Beliau diminta mengulas mengenai kelakuan beberapa individu yang didakwa menghina Sultan Abdullah di laman sosial, sehari selepas baginda melafaz sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan di Istana Negara, Khamis lalu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×