LONDON 3 Feb. – Chelsea menunjukkan tindak balas terbaik dua hari selepas dimalukan oleh Bournemouth apabila membelasah Huddersfield 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.
Gonzalo Higuain yang diejek penyokong Blues ketika pasukan itu tewas 0-4, Khamis lalu akhirnya membuktikan keupayaan sebenar apabila meledak dua gok di Stamford Bridge.
Tiga lagi jaringan tuan rumah disempurnakan oleh Eden Hazard (minit ke-46, 66) dan David Luiz.
Kemenangan itu membolehkan Blues kembali dalam kelompok empat terbaik liga.- AGENSI
KEPUTUSAN PENUH
Everton 1 Wolverhampton 3
Chelsea 5 Huddersfield 0
Brighton 0 Watford 0
Burnley 1 Southampton 1
Crys. Palace 2 Fulham 0
Tottenham 1 Newcastle 0











