Henry mampu bangkit - Wenger - Utusan Malaysia

Henry mampu bangkit – Wenger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO 18 Feb. – Arsene Wenger percaya Thierry Henry masih memiliki peluang cerah dalam bidang pengurusan walaupun dipecat selepas hanya tiga bulan selepas mengendalikan Monaco.

Henry yang pernah merangkul lapan trofi kejuaraan semasa di bawah kendalian Wenger di Arsenal dipecat selepas 20 perlawanan dan pasukan itu hanya menang empat perlawanan sahaja.

Wenger berkata, situasi yang dihadapi Henry di Stade Luis II adalah lumrah biasa sebagai jurulatih kerana tekanan yang dihadapi adalah sangat tinggi terutama pada pertengahan musim.

“Jika awak tiba pada Oktober dan pasukan berada dalam keadaan teruk, awak hanya ada tiga bulan kerana pada bulan Januari semua orang akan menjadi semakin takut jika keradaan terus merudum. Jadi, awak ada masa yang sangat singkat.

“Perkara itu yang berlaku kepada Thierry tetapi cara dia bangkit daripada kekecewaan itu sangat penting.

“Saya percaya dia ada kualiti dan kemahuan dalam karier baharunya ini.

“Saya bermula pada usia 33 tahun, ramai yang berpotensi di sekeliling saya ketika itu dan ramai yang kecundang dan ada yang berjaya. Awak perlukan nasib baik dan kami perlu kerja keras kerana bidang pengurusan sukar untuk diduga.

“Kami bergantung kepada kualiti pemain, kualiti kelab dan kualiti keyakinan yang diberikan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN