Hazard masih percayakan Sarri - Utusan Malaysia

Hazard masih percayakan Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain sensasi Chelsea, Eden Hazard melaungkan keyakinan bahawa Maurizio Sarri masih menjadi watak yang sesuai untuk membantu The Blues menamatkan saingan Liga Perdana England (EPL) pada kedudukan empat terbaik musim ini.

Masa depan Sarri kini menjadi tanda tanya selepas Chelsea mencatat tiga keka­lahan dalam empat perlawanan terakhir EPL termasuk dimalukan Manchester City 0-6 di Stadium Etihad minggu lalu.

Susulan itu, kelab dari London ber­kenaan didakwa sudah bersedia untuk memecat Sarri dan menggantikannya dengan beberapa calon baharu yang berpotensi seperti Gianfranco Zola, Zinedine Zidane dan Frank Lampard.

Namun, Hazard masih yakin dengan kredibiliti dimiliki oleh Sarri yang dianggap sebagai salah seorang pengurus terbaik pernah membimbingnya, malah lebih bagus berbanding dengan Jose Mourinho.

“Saya memiliki pengalaman bermain dibawah bimbingan ramai pengurus ternama dunia bermula dengan Claude Puel di Lille sehingga Sarri, semuanya memiliki kelebihan serta kekurangan tersendiri.

“Namun, antara yang mempunyai taktikal terbaik sudah tentulah Sarri dan Rudi Garcia ketika saya bermain di Lille. Mereka mempunyai taktik yang sesuai dengan falsafah permainan saya di atas padang.

“Mourinho juga bagus, tetapi dia tidak memiliki gaya taktikal yang baik seperti mereka berdua,” kata Hazard.

Skuad The Blues kini mengalihkan tumpuan kepada pertemuan menentang Manchester United di Stadium Stamford Bridge pada pusingan keempat Piala FA di London awal pagi esok. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN