Hayat Kinrara Oval dipanjangkan seketika - Utusan Malaysia

Hayat Kinrara Oval dipanjangkan seketika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Persatuan Kriket Malaysia (MCA) boleh menarik nafas lega untuk seketika apabila kabinet telah bersetuju untuk memberikan kelulusan khas bagi Kinrara Oval untuk terus beroperasi di tapak asal pusat kriket nasional tersebut.

Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan perbincangan dengan pihak yang terlibat termasuklah pemilik tanah Kinrara Oval tersebut iaitu Perumahan Kinrara Berhad (PKB).

“Keputusan ini merupakan penyelesaian kepada kemelut melibatkan MCA dan pemilik tanah apabila tempoh pajakan bermula 1 November 2003 telah berakhir pada 31 Oktober 2018. Lanjutan tempoh operasi akan dibincangkan melalui mesyuarat tiga hala di antara KBS, PKB dan MCA.

“Satu penyelesaian bersama akan dipastikan agar dapat memberikan keputusan terbaik kepada semua pihak. Keputusan kerajaan berhubung tindakan ini adalah demi memastikan

pembangunan sukan kriket negara akan terus dibantu dan disokong demi kemajuan sukan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kinrara Oval perlu dikembalikan kepada PKB selepas dipajakkan kepada MCA selama 15 tahun yang telah berakhir pada 31 Oktober lalu. PKB, syarikat usahasama antara I(amp)P Group Sdn Bhd, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Tabung Haji (TH), tanah berkenaan telah diperuntukkan untuk pembangunan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN