Harga tiket kereta api bukit Bendera naik RM1 mulai April - Utusan Malaysia

Harga tiket kereta api bukit Bendera naik RM1 mulai April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan menaikkan harga tiket untuk perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera bermula 1 April ini, kata pengurus besarnya, Cheok Lay Leng hari ini.

Katanya, tiket laluan normal bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas bagi laluan sehala naik RM1 iaitu RM5 kepada RM6 berkuatkuasa April nanti.

“Harga tiket baharu itu adalah bagi pemegang Mykad, Mykid, warga asing yang mempunyai permit bekerja di atas Bukit Bendera dan pasangan kepada warga Malaysia manakala harga bagi pas bulanan (RM40) pelancong asing (RM15 bagi sehala) serta promosi ‘sunrise/sunset’ (RM3.50 sehala) tidak berubah.

“Tiket promosi sunrise/sunset hanya boleh digunakan bermula pukul 6.30 pagi hingga 8.00 pagi dan 7.30 malam hingga 9.45 malam dan untuk orang kelainan upaya (OKU) adalah percuma,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Menurutnya, harga baharu itu dilaksanakan berikutan peningkatan kos operasi dan kos penyelenggaraan sistem funikular serta peningkatan kemudahan infrastruktur awam dan kemudahan di kawasan puncak Bukit Bendera. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×