ALOR SETAR – Hampir 85 peratus kebakaran yang dikesan di Gunung Baling, Baling yang berlaku sejak empat hari lepas telah berjaya dipadamkan sehingga kini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd. Jamil Mat Daud berkata, bagaimanapun, sekiranya keadaan cuaca hari ini panas dan angin kuat ada kemungkinan api yang telah dipadam marak semula. “Sehingga kini, hampir 85 peratus kebakaran berjaya dipadamkan dengan menggunakan jalan darat dan udara dan operasi pagi…










