Halep mangsa kejutan seterusnya di Dubai - Utusan Malaysia

Halep mangsa kejutan seterusnya di Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 22 Feb. – Selepas pemain No. 1 dunia dari Jepun, Naomi Osaka tersingkir awal, giliran bekas pemain No. 1 dunia, Simona Halep pula menerima nasib yang sama apabila kalah mengejut di tangan pemain Switzerland, Belinda Bencic di suku akhir Kejohanan Dubai di sini awal hari ini.

Halep tumbang 4-6, 6-4, 6-2 dalam masa lebih dua jam kepada pemain ranking ke-56 dunia, Bencic yang meneruskan kecemerlangannya selepas turut membuat kejutan menewaskan pemain No. 8 dunia, Aryna Sabalenka di pusingan ketiga sebelum ini.

Di separuh akhir nanti, Bencic akan menentang seorang lagi pemain pilihan, Elina Svitolina yang terdahulu menewaskan Carla Suarez Navarro 6-2, 6-3 manakala satu lagi aksi mempertemukan pemain Taiwan, Hsieh Su-wei won dan Petra Kvitova. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN