Hakim dilarang ‘campuri’ ahli politik - Utusan Malaysia

Hakim dilarang ‘campuri’ ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 8 Feb. – Pejabat Ketua Pengarah Badan Kehakiman Umum melarang hakim di negara ini untuk memberi ulasan atau tanda ‘Like’ status berkaitan pilihan raya Presiden (Pilpres) pada laman media sosial.

Detik News melaporkan, larangan tersebut bagi memastikan hakim terus bersikap adil dan bebas menjelang pilihan raya umum (Pemilu) tidak lama lagi.

“Hakim harus adil dan bebas. Hakim dilarang memuat naik atau memberi maklum balas seperti ‘Like’ dan komen mahupun menyebar gambar calon, visi misi atau mengeluarkan pendapat berpihak kepada seseorang calon,” jelas pejabat tersebut melalui surat pekeliling yang diedarkan.

Surat pekeliling ‘La­rangan Hakim Berpolitik’ itu ditandatangani Ketua Pengarah, Herri Swantoro semalam.

Herri meminta semua hakim berkaitan kehakiman awam supaya mematuhi pekeliling yang dikeluarkan.

“Hakim dilarang melakukan perbuatan yang memihak kepada mana-mana calon mahupun bergambar dengan mereka.

“Ini bagi menge­kalkan maruah hakim dan Mahkamah Agung serta mahkamah lain di bawahnya,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN