ALOR SETAR 3 Feb. – Gara-gara tidak menjelaskan pinjaman bulanan kira-kira setahun, seorang lelaki nekad menggunakan nombor pendaftaran motosikal lain bagi mengelak dikesan pihak kedai. Bagaimanapun, taktik lelaki berusia 39 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Lebuh Raya Darul Aman, di sini malam tadi. Pengarahnya, Isma Suhaimi Sharif berkata, pemilik motosikal jenis Yamaha Nouvo itu didapati menggunakan nombor pendaftaran Honda Wave yang dimiliki individu lain. Katanya, dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 30-an memberi alasan nombor pendaftaran motosikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya