SUASANA kilang kayu One Tech (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur pada petang itu agak sibuk. Beberapa orang pekerja kilang kelihatan sedang mengemaskan blok-blok kayu yang sudah siap dipotong untuk memastikan permukaannya menjadi licin sebelum proses seterusnya dilakukan. Pertama kali berkunjung ke kilang kayu, kru Panorama yang hadir bersama jurugambar cukup ralit memerhatikan tatacara kerja di kilang tersebut yang sudah beroperasi hampir 26 tahun lalu.…










