Guardiola jangka lebih banyak kejutan - Utusan Malaysia

Guardiola jangka lebih banyak kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 4 Feb. – Pep Guardiola gembira menyaksikan Manchester City berjaya menewaskan Arsenal 3-1 di laman sendiri, hari ini, tetapi menjangkakan lebih banyak kejutan akan berlaku sehingga penghujung musim dalam pere­butan kejuaraan liga.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata, selepas apa yang berlaku ketika City tewas 1-2 kepada Newcastle, Selasa lalu, sebelum Liverpool seri 1-1 dengan Leicester 24 jam kemudian, ia akan menjadikan perlawanan selepas ini bertambah sukar untuk kedua-dua pasukan.

“Selepas apa yang berlaku di Newcastle, semua orang fikir kami akan ketinggalan tujuh mata di belakang kerana menjangkakan Liverpool akan menewaskan Leicester. Tetapi itu tidak berlaku.

“Sebaliknya banyak kejutan akan terjadi sehingga ke penghujung musim ini. Baki perlawanan seterusnya akan menjadi sukar. Jadi semua orang tahu apa yang perlu dilakukan.

“Apa yang penting sekarang, pemain-pemain telah menunjukkan betapa bagusnya mereka. Sekurang-kurangnya aksi, hari ini, kami mampu bangkit daripada keka­lahan sebelumnya,” kata Guardiola.

Sergio Aguero mencipta hatrik dalam perlawanan dengan Arsenal itu bagi membolehkan City dipisahkan hanya dua mata di belakang Liverpool yang hanya akan turun beraksi menentang West Ham, lewat sehari.

Ini merupakan hatrik ke-10 Aguero dalam kancah Liga Perdana Inggeris, sekaligus, mencerahkan peluangnya untuk muncul penjaring ter­banyak, musim ini.

“Dia dilahirkan dengan bakat tersebut. Dia akan membawa bakatnya itu hingga mati,” jelas Guardiola tentang kemampuan Aguero sebagai mesin penjaring gol yang hebat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN