Gincu Glamoritz bantu rawat bibir lebih merah, bersinar - Utusan Malaysia

Gincu Glamoritz bantu rawat bibir lebih merah, bersinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Glamoritz Empire, pengeluar produk kecantikan berjenama Glamoritz, mengunjurkan jualan sehingga 100,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Pengasas syarikat, Nur Amira Azman berkata, unjuran tersebut disumbangkan daripada beberapa faktor se­perti keunikan produknya yang berkualiti selain sambutan menggalakkan daripada pe­langgan sejak produk dipasarkan pada akhir tahun lalu.

Menurutnya, Glamoritz terdiri daripada produk gincu dalam tekstur matte yang diformulasi khas dari Perancis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia mengandungi pelbagai khasiat utama seperti kolagen, minyak argan, vitamin A, C dan E selain kaya dengan anti oksidan.

“Dengan penggunaan gincu Glamoritz secara berterusan, ia berperanan melembap serta melembutkan tekstur bibir dan mengurangkan garisan halus.

“Produk ini juga membantu merawat bibir yang mudah pecah selain menghilangkan kehitaman dan kekusaman pada bibir agar tampil lebih merah serta bersinar,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Nur Amira menjelaskan, unjuran pertambahan jualan syarikat pada tahun ini juga bakal dipacu daripada kekuatan rangkaian pengedaran syarikat yang semakin meluas menerusi platform pemasaran online.

“Bagi tahun ini, kami me­nyasarkan untuk menambah lebih ramai ejen dan stokis dan peluang terbuka luas kepada mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sampingan terutama dalam kalangan suri rumah dan pelajar,” ujarnya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk, boleh menghubungi di talian 0111- 081 4769 atau Facebook dan Instagram glamoritzcosmeticshq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini