Geran untuk Perlis akan dipertimbangkan - Yusoff - Utusan Malaysia

Geran untuk Perlis akan dipertimbangkan – Yusoff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Ahli Lembaga Pengarah, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Yusoff Mahadi, tidak menolak peruntukan geran RM1 juta mungkin dikekalkan buat Perlis merujuk kepada beberapa perkara.

Bagaimanapun, tiada lagi sebarang keputusan berhubung status geran buat Perlis selepas pasukan itu disingkirkan daripada Liga Perdana.

Pada pandangan peribadi Yusoff, semua sedia maklum bahawa hanya pasukan bertanding layak menerima geran, namun demi kelangsungan pembayaran hutang lapuk bernilai lebih RM700,000 lebih, ia mungkin akan dipertimbangkan buat Perlis.

Segala keputusan berkenaan perkara tersebut akan diketahui esok.

“Pemain-pemain sudah mengharapkan FAM menyelesaikan isu tunggakan gaji ini. Jika ia dapat membantu mereka, apa salahnya?,” katanya kepada pemberita di majlis Piala Airmarine 2019, di sini hari ini.

Namun, isu pembayaran hutang Perlis tidak melibatkan isu gaji tertunggak yang membabitkan musim 2019.

“Jika peruntukan RM1 juta diberikan selepas isu tunggakan gaji dapat diselesaikan, ia dapat digunakan bagi musim baru dan MFL mungkin mengambil tindakan menyelesaikan perkara ini bagi pihak persatuan terlebih dahulu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN