MELAKA 4 Feb. – Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri berjaya memberkas empat suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata sekitar Melaka dan Johor sejak setahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Yhazid Idris berkata, tangkapan pertama dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) IPK Melaka membabitkan seorang suspek lelaki berusia 33 tahun pada pukul 2.30 pagi di sebuah restoran…










