JOHOR BAHRU – Kegiatan jahat sekumpulan 11 individu termasuk tiga wanita digelar geng Botak Sern yang aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar daerah ini dan Kulai lumpuh apabila mereka diberkas di empat lokasi sekitar daerah ini dan Kulai.
Kesemua suspek yang diberkas berusia 23 hingga 28 tahun merupakan antara 93 individu yang ditahan menerusi Ops Limau sempena Tahun Baru Cina yang dilancarkan sejak 15 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, geng Botak Sern ini aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah terutamanya kediaman yang ditinggalkan sempena musim cuti perayaan.
Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek mengaku melakukan pecah rumah jenis kondominium di sekitar bandaraya Johor Bahru.
“Pelbagai peralatan yang digunakan untuk jenayah pecah rumah turut dirampas dalam serbuan itu termasuk tukul, alat pemotong serta barangan berharga. – K! ONLINE
“Siasatan lanjut, kita mendapati ketua geng ini mempunyai sembilan rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah manakala lima daripada mereka memilik rekod jenayah selain kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – K! ONLINE











