Aksesori memainkan peranan penting untuk menyerlahkan lagi penampilan diri seorang wanita selain pelengkap bagi mereka yang mementingkan gaya dalam setiap fesyen diperagakan.
Yang meminati aksesori barang kemas, Butik Sarradhyya menawarkan pelbagai pilihan aksesori seperti kerongsang, rantai leher, loket, gelang tangan, pin tudung yang bertatahkan batu Swarovski, kubik zirconia dan kristal serta jed dari Korea.
Pemilik Sarradhyya, Nurun Nadiyatu Izzati Ahmad Afifi berkata, aksesori di butiknya menampilkan pelbagai koleksi moden dan elegan yang bersesuaian untuk semua peringkat umur.
Mengutamakan kualiti, pemilihan batu-batu dari Korea dibuat kerana kilauan yang cantik dan tahan lama selain hampir kesemua aksesori direka sendiri dan rekaan dihantar ke Korea untuk dibentuk.
Ilham rekaan bagi koleksi aksesori di Sarradhyya menampilkan corak abstrak selain alam semula jadi seperti bunga dan daun dengan warna-warna lembut atau warna pastel.
Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu milik maka tidak hairanlah aksesori batu Swarovski menjadi pilihan ramai dan aksesori paling laris dijual di Sarradhyya.
Cincin bertatahkan batu Swarovski dijual dengan harga paling rendah iaitu RM199 manakala aksesori lain bertatahkan batu yang sama seperti gelang tangan dijual sehingga RM469.
Namun pelanggan boleh memilih untuk membeli aksesori lain seperti kerongsang bertatahkan batu kristal yang dijual dengan harga serendah RM12 atau cincin bertatah batu sama dijual pada harga RM29 sebentuk.
Koleksi aksesori ini amat sesuai digayakan pada majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan makan malam malah boleh dihadiahkan kepada insan tersayang.
“Untuk mereka yang bekerja, rekaan yang ringkas juga sesuai digayakan, menampakkan si pemakai lebih berkeyakinan dan berketerampilan,’’ ujar Nurun Nadiyatu.
Tidak mahu pelanggan bosan dengan rekaan yang sama, pemilik Sarradhyya ini berkata, setiap dua bulan dia akan `terbang’ ke Korea untuk menempah rekaan terbaharu aksesori demi memuaskan hati pelanggan.
Butik Sarradhyya yang terletak di Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, Bangi, dikendalikan oleh tiga kakitangan selain turut mempunyai lebih 1,200 ahli serta 600 ejen dropship
Namun bagi yang berada di luar Bangi, Sarradhyya akan membuka cawangan di Johor Baharu, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu tidak lama lagi.
Pelanggan yang berminat untuk mengetahui tentang koleksi terbaharu aksesori ini boleh melayari Facebook atau Instagram Sarradhyya atau melayari laman sesawang www.sarradhyya.com.










