PASIR MAS 6 Feb. – Tiga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Bukit Tuku, di sini hari ini. Identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian sekitar pukul 1 petang itu sedang dikenal pasti. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Mohammed Piah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Wira. “Difahamkan…










