LONDON 12 Feb. – Paris Saint-Germain (PSG) dikatakan bakal menggunakan formasi 4-2-3-1 dalam perlawanan menentang Manchester United, menurut laporan media di Perancis. Juara Perancis itu akan bertandang ke Old Trafford dalam perlawanan timbal balik pertama peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara sebentar lagi. PSG akan beraksi tanpa dua tonggak mereka Edinson Cavani dan Neymar yang ditimpa kecederaan. Masalah tersebut memaksa ketua jurulatih, Thomas Tuchel melakukan rombakan pemain dan formasi skuad bimbingannya.…










