KUALA LUMPUR 3 Feb. – Mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M) terus menimbulkan persoalan apabila pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa menggesa agar pengadil dapat memberi perlindungan kepada pemain setiap kali mereka beraksi di atas padang. Enggan mengulas lanjut terhadap mutu pengadilan ketika JDT menewaskan Perak 1-0 dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, semalam, Figueroa percaya perkara tersebut dapat diperbaiki bagi aksi seterusnya. “Saya tidak mahu…










