FGV catat kerugian bersih RM1.08 bilion - Utusan Malaysia

FGV catat kerugian bersih RM1.08 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM1.080 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember, 2018, berbanding keuntungan bersih RM130.928 juta yang direkodkan pada 2017.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini juga mengumumkan hasil susut kepada RM13.467 bilion pada 2018 daripada RM16.921 bilion yang dicatatkan dalam tahun kewangan 2017.

Keputusan kumpulan tersebut juga terjejas teruk oleh susut nilai dan harga purata minyak sawit mentah (MSM) rendah pada RM2,282 setan metrik bagi tahun itu.

Tiada dividen dibayar semasa suku tersebut yang berakhir pada 31 Disember 2018.

Dalam satu kenyataan berasingan, FGV berkata, ia merekodkan kerugian sebelum zakat dan cukai (LBZT) sebanyak RM1 bilion berbanding keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM403 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh bahagian besar susut nilai dan peruntukan yang berjumlah RM1.038 bilion.

Penurunan harga purata MSM, semasa tempoh tersebut, juga menjejaskan prestasi hasil kasar dan juga pendapatan bersih.

Bagi suku keempatnya yang  berakhir 31 Dis, 2018, kumpulan mencatatkan LBZT sebanyak RM139 juta berikutan susut nilai dan peruntukan yang berjumlah RM240 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata: “Dalam suku keempat, operasi perladangan menumpukan kepada memulihkan keuntungan, proses penyemakan semula dan melaksanakan kawalan baharu bagi memastikan prestasi ladang kami setara dengan pemain utama lain dalam industri.

Sebahagian daripada inisiatif ini telahpun mula membuahkan hasil tetapi penambahbaikan akan lebih ketara pada 2019″.

Semasa suku tersebut, pengeluaran tandan buah segar (FFB) sektor perladangan susut tiga peratus kepada 1.15 juta tan metrik daripada 1.18 juta tan metrik sejajar dengan penilaian trend pengeluaran FFB nasional Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi 2018. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN