PARIS 3 Feb. – Cesc Fabregas membuka akaun gol bersama Monaco apabila membantu pasukannya memperoleh tiga mata penting setelah menundukkan Toulouse 2-1 dalam aksi Ligue 1, semalam. Pemain Sepanyol itu menyertai Monaco pada pertengahan bulan lalu selepas ditandatangani oleh Thierry Henry sebelum bekas rakan sepasukannya itu dipecat sehari kemudian. Leonard Jardim kembali membimbing Monaco, tiga bulan selepas dia dipecat oleh kelab tersebut dan jurulatih dari Portugal itu berjaya memberi kemenangan…










