SEREMBAN 12 Feb. – Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, enam bekas Ahli Parlimen UMNO bebas untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana mereka sudah tiada kaitan lagi dengan UMNO. Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden itu berkata, kesemua pemimpin terbabit telah meninggalkan UMNO dan terserah kepada mana-mana parti untuk menerima mereka. “Itu hak masing-masing, mereka sudah lama keluar UMNO, terpulang kepada yang sudi nak terima mereka. Tiada impak…