TUMPAT 2 Feb. – Empat tukang rumah nyaris maut selepas struktur bumbung garaj yang dibina mereka runtuh di Kampung Palekbang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi tadi. Bagaimanapun, Abdullah Deraman, 60, dan Ismail Mahmud, 60 dari Kampung Sungai Pinang serta dua sahabat mereka, Mohd Faizal Abdullah, 32, dan Che Muhammad Arif Che Ariffin, 22, dari Kampung Kolam Teratai hanya mengalami cedera ringan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa…










