Empat penuntut IPTA disyaki edar dadah ditahan - Utusan Malaysia

Empat penuntut IPTA disyaki edar dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb.- Empat penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan polis selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Cina, Matang, Sarawak semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, polis turut merampas dadah jenis ganja seberat 264.41 gram dan anak pokok ganja ketinggian 10 sentimeter serta kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,576.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Kuching, Supritendan Sahar Latif berkata, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai telah bergerak aktif mengedar dadah sejak awal tahun ini di sekitar kawasan Matang.

“Ujian saringan air kencing terhadap keempat-empat suspek mendapati mereka positif dadah jenis THC.

“Kesemua direman tujuh hari bagi disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 6B ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN