Emma Thompson tarik diri daripada ‘Luck’ - Utusan Malaysia

Emma Thompson tarik diri daripada ‘Luck’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 26 Feb. – Aktres British, Emma Thompson menarik diri daripada terlibat daripada filem terbitan studio Skydance dari California kerana mengupah bekas pengarah kreatif Disney, John Lasseter yang dituduh melakukan gangguan seksual.

Menurut laman berita hiburan Variety, pemenang dua kali Oscar bakal menyumbangkan suara untuk salah satu watak dalam filem animasi ‘Luck’ yangsudah pun memulakan proses rakaman.

Beliau menarik diri apabila Skydance mengumumkan awal Januari lalu akan mengambil Lasseter, 62, yang dipaksa meletak jawatan sebagai ketua animasi Disney selepas mengaku membuat kakitanganya tidak selesa kerana memeluk mangsa tanpa rela.

Memuatkan artikel berkaitan…

Thompson menulis surat kepada pengurusan studio untuk membantah keputusan membawa masuk Lasseter.

Pelakon berusia 59 tahun itu kemudian memanjangkan suratnya kepada akhbar Los Angeles Times dan disiarkan sepenuhnya.

“Rasa sangat ganjil apabila syarikat ini mempertimbangkan keputussan untuk mengambil Lasseter, memandangkan keadaan sekarang apabila seseorang dengan pengaruh seperti itu dijangka dapat bertanggungjawab,” katanya dalam surat tersebut yang telah disahkan pegawai publisitinya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN