KUALA LUMPUR – Pelakon Emma Maembong mengakui dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memutuskan untuk tidak lagi mengenakan tudung sejak empat hari lalu. Kata Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, hanya dia yang tahu apakah alasan itu kerana selama ini dia bergelut dengan diri sendiri untuk menjadi manusia yang lebih baik. “Tiada siapa yang tahu apa yang saya lalui selama ini. Jatuh bangun saya hadapi seorang diri tanpa pernah…










