LONDON 28 Feb. – Unai Emery menggesa Arsenal untuk mengambil kesempatan dengan menghambat Tottenham dalam pertembungan derby London pada Sabtu ini selepas skuad kendaliannya membelasah Bournemouth 5-1.
Mesut Ozil yang jarang beraksi dalam kesebelasan utama di bawah pimpinan Emery memainkan peranannya bersama Henrikh Mkhitaryan dalam merencana serangan terhadap kubu lawan dan kemenangan tersebut membolehkan mereka merapatkan jurang empat mata di belakang Spurs.
“Ya, ini motivasi besar kepada pasukan. Kami mempunyai peluang terbaik pada Sabtu ini, buat masa sekarang mereka lebih baik berbanding kami dalam kedudukan liga,” kata Emery.
Emery enggan untuk menggunakan pemain termahal Arsenal memandangkan itu merupakan kali kedua Ozil diletakkan dalam kesebelasan utama pada tahun ini dan dia bergandingan bersama Mkhitaryan buat kali pertama sejak November lalu.
Bekas pemain tengah Real Madrid itu membuktikan mengapa Arsenal wajar membayarnya 350,000 pound (RM1.8 juta) seminggu pada Januari lalu dengan memainkan peranan lebih lama bersama Mkhitaryan. – AFP











