Elly Pamatong gila, suka cari perhatian - Utusan Malaysia

Elly Pamatong gila, suka cari perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Kerajaan dan rakyat Filipina menyifatkan Elly Pamatong sebagai orang gila yang suka mencari perhatian dengan melakukan pelbagai tindakan yang pelik.

Atas sebab itu, Pensyarah Kanan di Western Mindanao State University, Filipina, Prof. Madya Alih Sakaluran Aiyub menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak perlu bimbang dengan tindakan Pamatong, baru-baru ini.

Jelas beliau, antara tindakan pelik yang pernah dilakukan Pamatong sebelum ini adalah mendakwa dirinya sebagai Presiden dan Raja Filipina serta membakar bendera Amerika Syarikat (AS).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini beliau mendakwa dirinya sebagai Presiden Filipina dan kami di Filipina mentertawakan sahaja tindakan-tindakannya.

“Tolong beritahu kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Pamatong adalah seorang yang gila. Tiada siapa di Filipina mempercayainya malah apa yang dilakukannya ini bukan kali pertama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Alih Sakaluran ditemui selepas menjadi panel jemputan dalam Bengkel Perbincangan dan Perbentangan Penyelidikan Akhir Wasatiyah Centre of Peace (WCP), di Bangi, dekat sini.

Pada 19 dan 21 Januari lalu, sebuah video tular dalam laman sosial memaparkan Pamatong yang mengaku sebagai pengasas ‘United States Allied Freedom Fighters of the East’ (USAFFE) membakar bendera Malaysia.

Perbuatan tersebut menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak termasuk Kementerian Luar yang seterusnya menggesa kerajaan Filipina mengambil tindakan tegas terhadap Pamatong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×