ECRL: Fahamilah kesusahan rakyat - Utusan Malaysia

ECRL: Fahamilah kesusahan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
KERAJAAN
diharap mengkaji semula keputusan menamatkan terus projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Cubalah fahami kepayahan warga Pantai Timur yang terpaksa menempuh kesesakan luar biasa setiap kali tiba cuti musim perayaan.

Ada seorang pakar ekonomi mengatakan, lebih mudah naik pesawat. Tetapi pengangkutan awam seperti kereta api dapat membawa lebih ramai penumpang serta berhenti di banyak stesen, berbeza dengan kapal terbang.

Teruskan pembinaan ECRL secara berperingkat dan bina stesen di bandar utama sahaja untuk menjimatkan kos. Jika projek ECRL dapat dihidupkan kembali, ribuan pekerja tempatan boleh mendapat manfaat manakala warga Pantai Timur pada masa akan datang dapat menggunakan kemudahan pengangkutan yang moden lagi selesa itu.

AWE DONDE

Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN