Dua rentung, kenderaan dinaiki terbabas - Utusan Malaysia

Dua rentung, kenderaan dinaiki terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya dua individu rentung selepas kenderaan jenis BMW yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Kilometer 6.9 Lebuh Raya SILK menghala Sungai Long, Kajang dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd. Nudin berkata, kenderaan itu yang terbakar 90 peratus, dipercayai melanggar pembahagi jalan selepas terbabas.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.46 petang dan sembilan anggota serta pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digegaskan ke lokasi, katanya dalam kenyataan, di sini.

Norizham berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa tersepit dan terbakar.

“Pihak bomba masih dalam proses mengeluarkan mangsa dan menyiasat jika ada mangsa lain yang terperangkap,” katanya menambah identiti mangsa belum dikenal pasti. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN