Dua rakan melecur kereta terbakar - Utusan Malaysia

Dua rakan melecur kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Dua rakan melecur hampir 50 peratus selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Rim Bukit Kantong di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa D. Satiskumaran, 27, dan D. Sathiamurthi, 31, dikejarkan ke zon merah Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dari arah Chabau ke Rim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila tiba di Kampung Bukit Katong, kereta dinaiki kedua-dua mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Accord yang terbabas ke laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa masing-masing berusia 27 dan 31 tahun tersepit di bahagian hadapan. Kenderaan mereka kemudian terbakar menyebabkan kedua-dua rakan ini melecur di anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pemandu kereta Honda berusia 35 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×