KUALA SELANGOR – Padah menimpa kepada dua pemilik lembu apabila dikenakan kompaun kerana membiarkan haiwan tersebut memasuki kawasan laluan awam dan perumahan di daerah ini, baru-baru ini. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Rahilah Rahmat berkata, kompaun itu dikenakan menerusi Operasi Bersepadu Pemantauan dan Penangkapan Lembu di sekitar kawasan Bestari Jaya dan Jeram pada 23 Januari lalu. Katanya, kawasan tersebut menjadi lokasi utama kemalangan maut antara pengguna jalan raya…










