Dua pekerja binaan warga asing maut - Utusan Malaysia

Dua pekerja binaan warga asing maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 15 Feb. – Dua pekerja binaan maut manakala tiga lagi cedera parah selepas ditimpa tiang dan bumbung sebuah kilang yang sedang dalam pembinaan di Lorong Perusahaan Maju 8, Juru, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu kesemua pekerja terlibat yang dipercayai warga asing sedang menjalankan kerja pembinaan semula kilang yang pernah terbakar sebelum ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Saadon Moktar berkata, ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian didapati terdapat runtuhan pada tiang dan bumbung di tapak pembinaan bangunan kilang itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami dimaklumkan lima mangsa berada di bawah sisa runtuhan tersebut.

“Dua disahkan meninggal dunia dan seorang mangsa masih terdapat di bawah runtuhan tersebut manakala dua orang mangsa berjaya di keluarkan dan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya serta di laporkan dalam keadaan cedera parah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya sehingga pukul 6 petang usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit masih di jalankan.

“Setakat ini identiti semua pekerja lelaki itu masih belum dapat di kenal pasti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×